Aplikasi NGO Negaraku beri manfaat kepada pelajar IPTA dan IPTS

KUALA LUMPUR 30 April – Selepas memperkenalkan Kad Digital NGO Negaraku tahun lalu, NGO Negaraku mengorak langkah lebih ke depan dengan melancarkan aplikasi NGO Negaraku, baru-baru ini.

Program Beli & Jimat, yang dilancarkan menerusi Aplikasi NGO Negaraku sebagai alternatif membantu pelajar khususnya di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat.

Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP), Dr. Mohd. Zamri Noordin berkata aplikasi ini merupakan sebuah program yang dikenali Beli dan Jimat yang merupakan inisiatif terbaharu yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya IPTA dan IPTS.

“Program ini dapat membantu pelajar dalam membeli produk dan barangan dengan harga lebih jimat.

“Kita masih dalam usaha mengumpulkan penyertaan daripada syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC (Syarikat milik kerajaan) untuk bersama-sama menjayakan program ini.

“Kaedah ini memberi manfaat untuk pelajar berjimat dan lebihan hasil yang diperolehi akan dikembalikan kepada pelajar menerusi sumbangan CSR kepada pelajar yang tidak berkemampuan,” katanya ketika majlis pelancaran aplikasi itu di sini baru-baru ini.

Sebanyak 30,000 kad ahli NGO Negaraku akan diedarkan ke IPTA dan IPTS terpilih pada Mei nanti.

Bagaimanapun, aplikasi ini menggunakan pendekatan tertutup iaitu hanya khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku.

Aplikasi NGO Negaraku dapat membantu dan memastikan NGO dan ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini.

Dalam masa sama, Dr. Mohd. Zamri berharap lebih banyak pihak swasta, badan korporat dan GLC dapat bekerjasama negara NGO Negaraku dalam menjayakan program ini. – UTUSAN ONLINE

Source: http://m.utusan.com.my/sukan/aplikasi-ngo-negaraku-beri-manfaat-kepada-pelajar-ipta-dan-ipts-1.892395

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: